Sabtu, 8 Oktober 2011

JADI UMMU HURAIRAH...

sejak seminggu yang lalu menjadi ummu hurairah kepada 6 ekor anak kucing yang telah ditinggalkan ibunya (berusia tak sampai 1 bulan). aku jadi hairan, selalunya ibu kucing amat menyayangi anak-anaknya. tapi pelik bagi ibu kucing aku yang bernama nini ini. nini bukanlah kucing peliharaan aku pada mulanya. tapi, disebabkan dia selalu datang makan, tak sampai hati pulak kalau aku tak bagi makan. dulu si nini ni pernah melahirkan banyak anak, cuma seeokor yang membesar dalam jagaan aku. aku namakan anak nini ni putih. tidak lama selepas itu, nini beranak lagi-6 ekor, semuanya bewarna oren-juga mati semua. terakhir, si nini beranak lagi, juga 6 ekor. kali ni si nini ni hilang tak tau ke mana..bila aku balik dari kampung, dia tak balik2 sampai sekarang. padahal, aku upah seseorang untuk memberi makan minum kesemua 16 ekor kucing-kucing aku. hanya si nini yang hilang??? ke mana dia??? menjadi misteri hingga kini...

Nini dengan 4 ekor anaknya. lagi 2 ekor masa ni
belum lahir. masih di dalam rahimnya. aku lihat
proses kelahiran anak-anak Nini ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan