Rabu, 26 Oktober 2011

BUKU PASAL KUCING

21 hb Okt hingga 25 hb Okt, aku sekeluarga meluangkan masa selama 5 hari meronda Bandaraya Kolumpo. terasa seronok sangat lepas beberapa lama tidak membawa anak-anak berjalan-jalan...

hari pertama-tempat pertama dituju ialah MPH Bookstore di Mid Valley Mega Mall. hampir separuh hari kami di sana. mencari, membaca dan membeli buku-buku yang disukai. aku..buku apa lagi kalau bukan pasal kucing. aku borong 4 buah buku yang sangat menarik. 2 buah berkenaan penjagaan baby kucing dan 2 buah lagi berkenaan kucing secara keseluruhan....dari lahir hingga dewasa, juga jenis2 kucing yang terdapat di seluruh dunia. ini dia buku-bukunya...best!

selepas ni, aku tentu akan lebih yakin merawat kucing2 yang sakit atau kehilangan ibu...syukur kepada Allah swt...








tabiat membaca ni bagus kalau diterap dalam diri anak-anak sejak kecil. cuba tengok anakku ini, betapa syok dapat tengok buku..sampai meniarap dalam MPH...hahaha...

Baby aqeem sedang syok tengok buku tentang ular
(bergaya dengan spek itam lagi...)

Maknya pun apa kurang...dok study pasal kucing la..apa lagi..
(kalau boleh nak meniarap jugak..macam baby Aqeem...)

Adik madeehah dengan 3 buah buku pilihannya...
(muka boring, lama sangat dalam MPH)

hari ke 2-survey Kamdar, cari kain untuk buat baju kurung dan baju melayu anak-anak. dalam Kamdar baru terfikir warna tema. akhirnya pilih hijau cair. dah lama tak pakai baju raya hijau. keluar dari Kamdar, berjalan ke Sogo yang terletak di seberang jalan. huh, ramai sungguh manusia...tengah sale la katakan...aku cuma beli seorang sehelai baju dgn tema pink-princess. seronok betul anak-anakku dapat baju idaman masing-masing. mak ayah tak beli apa-apapun...puas ronda Sogo, singgah lunch kat food court Pertama kompleks. makanannya tak la sedap mana, boleh tahan la..




Aksi anak-anak selepas kenyang. mereka
cuma makan burger sebiji seorang. mak
dan ayah makan nasi ayam..ok la,kan?

Action 'peace' dari kakak mawaddah.

hari agak petang menuju ke KLCC, menunaikan hajat kakak Mawaddah yang dah beberapa hari mengajak ke sana...tak sempat nak masuk menjelajah Petrosains, sebab sampai KLCC dah agak lewat. Aku tak tau yang Petrosains tutup awal, pukul 5 petang. setakat melilau kat luar dah cukup membuatkan kakak Mawaddah gembira..kita tengok aksinya..

Kalau berpeluang dapat masuk melawat kat dalam Petrosains ni,
for sure dia lagi gembira...next time pulak, ye kak???


Selasa, 11 Oktober 2011

BABYKU MENYUSU...

sejak 2 minggu yang lalu menjadi ibu angkat kepada 6 ekor anak kucing yang ditinggalkan ibunya entah ke mana..tapi, susu formula manakan sama dengan susu ibu original, kan?

beberapa hari lagi aku terpaksa tinggalkan mereka 3 hari 2 malam kerana mengiringi bonda tercinta ke lapangan terbang Sultan Mizan, untuk menunaikan rukun Islam ke 5.

sedih juga kerana terpaksa meninggalkan mereka bertiga (3 sudah meninggal). aku akan mengupah seseorang untuk membantu menyusukan mereka bertiga..

si sulong, sedang syok menyusu..
susu khas utk kitty..
rm20 untuk 100 gram...fuh!

si angah, pun sedang syok menyusu dari botol susu..



Sabtu, 8 Oktober 2011

JADI UMMU HURAIRAH...

sejak seminggu yang lalu menjadi ummu hurairah kepada 6 ekor anak kucing yang telah ditinggalkan ibunya (berusia tak sampai 1 bulan). aku jadi hairan, selalunya ibu kucing amat menyayangi anak-anaknya. tapi pelik bagi ibu kucing aku yang bernama nini ini. nini bukanlah kucing peliharaan aku pada mulanya. tapi, disebabkan dia selalu datang makan, tak sampai hati pulak kalau aku tak bagi makan. dulu si nini ni pernah melahirkan banyak anak, cuma seeokor yang membesar dalam jagaan aku. aku namakan anak nini ni putih. tidak lama selepas itu, nini beranak lagi-6 ekor, semuanya bewarna oren-juga mati semua. terakhir, si nini beranak lagi, juga 6 ekor. kali ni si nini ni hilang tak tau ke mana..bila aku balik dari kampung, dia tak balik2 sampai sekarang. padahal, aku upah seseorang untuk memberi makan minum kesemua 16 ekor kucing-kucing aku. hanya si nini yang hilang??? ke mana dia??? menjadi misteri hingga kini...

Nini dengan 4 ekor anaknya. lagi 2 ekor masa ni
belum lahir. masih di dalam rahimnya. aku lihat
proses kelahiran anak-anak Nini ni...