Isnin, 27 Jun 2011

KELENGKAPAN NORIS GUEST HOUSE SIAP 85%

Salam sejahtera,

2 hari (25 - 26 Jun) berada di NORIS GUEST HOUSE, mencuba sendiri keselesaan rumah-rupanya banyak lagi yang perlu ditambah. dapur tak ada kipas-panas, nak jemur kain tak ada penyidai, payah la. bilik air tak ada penyapu & berus-payah nak cuci. selipar pun tak ada dlm bilik air-tak selesa. untuk masak, byk lagi barang dapur tak beli. kesimpulannya, hujung minggu ni nanti nak kena datang lagi-siapkan apa yang perlu sebelum GUEST PERTAMA masuk 7 Julai, insya-Allah. oh ya, langsir pun tak ada-baru tempah petang tadi. insya-Allah jumaat ni siap. tempah dgn kawan sekolah jer-cari yang kos murah2. kita kan biz, kena jimat cermat...


Kelihatan tukang pasang air-cond tekun menyiapkan
kerja-kerja pemasangan di NORIS GUEST HOUSE


2 Set sofa yang disediakan di NORIS GUEST HOUSE
(tak la luxury sangat, biasa2 sahaja)



Jumaat, 24 Jun 2011

PROSES MELENGKAPKAN GUEST HOUSE PERTAMA

Pandangan Hadapan Noris Guest House

 
Pandangan Terus ke dalam Noris Guest House

 
Pandangan Bahagian Belakang Noris Guest House

Sedang dalam proses melengkapkan guest house pertama di Taman Gambang Damai yang terletak berhampiran GAMBANG WATERPARK. Semua perabut yang diperlukan bagi sebuah rumah tetamu sudah dibeli minggu lepas. Minggu ini bertungkus lumus membuat susun atur perabut supaya kediaman yang disediakan menepati ciri-ciri guest house / rumah tamu yang selesa.

Esok, sabtu (25 Jun 2011), akan bermula kerja-kerja menambah air-cond untuk bilik master. Peralatan memasak dan semua kelengkapan bilik air akan disediakan. Semoga Allah s.w.t permudahkan segala urusanku, insya-Allah.

Gambar-gambar di atas menunjukkan keadaan rumah yang baru sahaja disiapkan pada awal tahun 2011. Pada minggu lepas juga semua pintu dan tingkap telah dipasang dengan grill, untuk keselamatan tetamu yang akan menginap nanti.

Kerja-kerja susun atur dan kelengkapan harus disiapkan sebelum 6 Julai ini kerana tempahan pertama telahpun diterima. Tetamu pertama akan tiba dari Kelantan Darul Naim. Harapnya mereka akan berpuashati dan kami bersedia menerima sebarang komen atau cadangan membina daripada tetamu nanti. Semua komen dan cadangan itu nanti akan membantu kami menambahbaik Noris Guest House. Maklumlah baru pertamakali terlibat dengan business perkhidmatan, mungkin tidak sebaik mereka yang telah lama menceburinya.

Kepada bakal tetamu kami khasnya, NORIS GUEST HOUSE mengalu-alukan kedatangan tuan/puan. Hubungi kami (Puan Nor : 019-663 6699 atau Encik Mohammad : 012-9520995).