Ahad, 27 Mei 2012

MEI & JUN 2012 YANG SIBUK...


19 mei 2012-balik kampung, besut untuk menghantar putera sulong ke tanah suci, mengerjakan umrah. bercuti sehingga 23 mei. sampai sahaja ke sekolah, 23 mei tu, ramai pulak yang bertanya, "ke mana hilang, lama tak nampak??? dapat teguran sinis dari seseorang, "ingat nak sambung cuti sampai cuti sekolah"...tak pelah, ni masa kita...if you in my shoes???

aku dok kelek jubah dia yang warna kelabu tu..
katanya tak nak pakai dulu-panas...

25 mei 2012, baru dapat berita pertukaran ke daerah bera, pahang....sejak awal pagi sibuk dengan close register, check kerja buat anak2 pelajar...ramai jugak yang tak hantar..ni yang bikin panas hati ni...bagi masa 1 minggu pun tak jugak siap2..apa yang dibuat entah, nak siapkan report 2, 3 helai seminggu pun tak siap? budak2 zaman sekarang-mua...tak cukup dengan tu, cikgu2 pun sama..dah nak balik sekolah, analisis tak siap2 jugak lagi..huh, cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari....bapa borek, anak rintik...susah la macam ni...sibuk juga dok cari skima exam yang entah dengan sape...masa aku sendiri jadi penyelaras, aku yang cari semua cikgu subjek...ni, penyelaras tak cari pun aku....kalau dia sibuk, aku pun sibuk jugak..entahlah belalang!!! tengah syok2 buat analisis, hah mai pulak cikgu baru nak ambil tugas, sebab aku akan bertukar ke bera..dari satu segi, seronok la..tapi, yang tak berapa aku suka, dok kacau kerja2 aku yang masih terbengkalai lagi nih...dah habis breefing, cikgu baru yang lagi satu pulak datang...hahaha..silap cikgu la pulak yang nak ambik tugas aku..breefing lagi!!! aduhai...tensionnya...pah habis breefing yang ke 2, kena anta e-pangkat segera la pulak..tension lagi..baru pagi tadi dapat borang..terus mintak anta segera..mana la nak cari maklumat on-the-spot.. nasib baik otak bergeliga-mintak kerani fotostat buku perkhidmatan yang dah tebal macam novel..belek2 cari maklumat cuti-tak jumpa..belek lagi tak jumpa, belek lagi, taak jumpa jugak..at last, balik buat kat rumah je...aman sikit kot kepala otak, tak dok tekanan dari sesapo...huhuhu...

SMK Triang 3-koleksi sekolah aku yang ke 8...hahaha...

25 mei 2012 jugak, teringat skrip exam bebudak belum ambik dari unit exam..huh, banyak jugak tu..6 paper untuk 3 kelas...bawak ke depan pejabat, dengan niat nak bawak balik tanda kat kampung je cuti sekolah nanti...laa..skima pulak tak ada...cg tang dah balik, cg syikin pun dah balik, cg yus pun dah balik...mana nak cekau ni...jam 2.30 petang, masih di pejabat sekolah, pada hari jumaat...call cg yus, tanya pasal skima, dia kata dia bagi kat cg baru semua paper exam...haa??? ada can jugak la aku...at last, kerja berat di musim cuti bertukar tangan..Alhamdulillah yang tidak terhingga...


masih 25 mei 2012-on the way balik rumah, sempat lagi pusing jumpa client takaful..ambik payment bulan ke-2..kalau tak ambik sekarang, alamatnya tak tahu bila la buleh jumpa bila aku dah pindah bera...sibuk, sibuk jugak...service dengan client kena jaga....

25 mei 2012 (petang)-mencari maklumat e-pangkat...akhirnya settle semua bila tiada gangguan dari manusia di sekeliling..elok je nampak tarikh bila cuti bersalin..tarikh bila cuti tanpa gaji dan jugak cuti2 yang sama waktu dengannya...akhirnya dapat juga anta e-pangkat ni isnin nanti...kirim je kat kawan kerja makmal..settle semua...

26 mei 2012...siap berkemas untuk berangkat balik besut selepas waktu zohor...lunch di leban condong...lepas lunch, aku drive..ya Allah mengantuknya....singgah minum cendol di pekan..jamak solat di permatang badak...makan malam berhampiran sekolah menengah aku dulu..SMK seri nering...terserempak sahabat lama-shahrul zaini dengan anak2 beliau...dia kata aku dah semakin lebar..hahaha..aku tau tu..dah nak buat macamana...makin tua makin besar..hati senang, gitu la...

Cik abang dok menunggu turn dapatkan cendol Saleem, Pekan

27 mei 2012...bersiap2 untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara di kampung cik abang...singgah sekejap di maybank, ambik penyata akaun..huh..mahalnya, 3 keping penyata rm13??? cekik darah betul maybank ni..patut la kaya raya...tak pe, mentang-mentang aku dah lama tak berurusan, mereka pekenakan aku..tak pe...balik kenduri, singgah lagi bandar-cari robot untk mat aqeem pulak..beli makanan sikit...terus balik..sampai rumah dah pukul 6 petang...huh, satu hari full kat luar...tapi, lewat petang sempat lagi membelek2 pokok2 yang kami tanam berdua...buah mangga gugur lagi...sape yang suka khianat ni ye??? nak kena pasang perangkap ni..hahaha...

Robot aqeem..

Mangga harum manis sulung aku...
ada la rasanya 1 kg lebih beratnya..

Mangga epal berbuah sulung..
ada 9 biji...

27 mei 2012 (malam)-cik abang bersiap2 untuk balik ke rompin menaiki bas...nasib baik ada anak saudaranya yang berbesar hati nak hantar ke perhentian bas...so, aku dengan anak2 tak perlu keluar...semoga cik abang dan semua penumpang selamat sampai ke destinasi yang dituju-Rompin...insyaALLAH...

Jun belum tiba.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan