Rabu, 26 Oktober 2011

BUKU PASAL KUCING

21 hb Okt hingga 25 hb Okt, aku sekeluarga meluangkan masa selama 5 hari meronda Bandaraya Kolumpo. terasa seronok sangat lepas beberapa lama tidak membawa anak-anak berjalan-jalan...

hari pertama-tempat pertama dituju ialah MPH Bookstore di Mid Valley Mega Mall. hampir separuh hari kami di sana. mencari, membaca dan membeli buku-buku yang disukai. aku..buku apa lagi kalau bukan pasal kucing. aku borong 4 buah buku yang sangat menarik. 2 buah berkenaan penjagaan baby kucing dan 2 buah lagi berkenaan kucing secara keseluruhan....dari lahir hingga dewasa, juga jenis2 kucing yang terdapat di seluruh dunia. ini dia buku-bukunya...best!

selepas ni, aku tentu akan lebih yakin merawat kucing2 yang sakit atau kehilangan ibu...syukur kepada Allah swt...








tabiat membaca ni bagus kalau diterap dalam diri anak-anak sejak kecil. cuba tengok anakku ini, betapa syok dapat tengok buku..sampai meniarap dalam MPH...hahaha...

Baby aqeem sedang syok tengok buku tentang ular
(bergaya dengan spek itam lagi...)

Maknya pun apa kurang...dok study pasal kucing la..apa lagi..
(kalau boleh nak meniarap jugak..macam baby Aqeem...)

Adik madeehah dengan 3 buah buku pilihannya...
(muka boring, lama sangat dalam MPH)

hari ke 2-survey Kamdar, cari kain untuk buat baju kurung dan baju melayu anak-anak. dalam Kamdar baru terfikir warna tema. akhirnya pilih hijau cair. dah lama tak pakai baju raya hijau. keluar dari Kamdar, berjalan ke Sogo yang terletak di seberang jalan. huh, ramai sungguh manusia...tengah sale la katakan...aku cuma beli seorang sehelai baju dgn tema pink-princess. seronok betul anak-anakku dapat baju idaman masing-masing. mak ayah tak beli apa-apapun...puas ronda Sogo, singgah lunch kat food court Pertama kompleks. makanannya tak la sedap mana, boleh tahan la..




Aksi anak-anak selepas kenyang. mereka
cuma makan burger sebiji seorang. mak
dan ayah makan nasi ayam..ok la,kan?

Action 'peace' dari kakak mawaddah.

hari agak petang menuju ke KLCC, menunaikan hajat kakak Mawaddah yang dah beberapa hari mengajak ke sana...tak sempat nak masuk menjelajah Petrosains, sebab sampai KLCC dah agak lewat. Aku tak tau yang Petrosains tutup awal, pukul 5 petang. setakat melilau kat luar dah cukup membuatkan kakak Mawaddah gembira..kita tengok aksinya..

Kalau berpeluang dapat masuk melawat kat dalam Petrosains ni,
for sure dia lagi gembira...next time pulak, ye kak???


Tiada ulasan:

Catat Ulasan