Isnin, 27 Jun 2011

KELENGKAPAN NORIS GUEST HOUSE SIAP 85%

Salam sejahtera,

2 hari (25 - 26 Jun) berada di NORIS GUEST HOUSE, mencuba sendiri keselesaan rumah-rupanya banyak lagi yang perlu ditambah. dapur tak ada kipas-panas, nak jemur kain tak ada penyidai, payah la. bilik air tak ada penyapu & berus-payah nak cuci. selipar pun tak ada dlm bilik air-tak selesa. untuk masak, byk lagi barang dapur tak beli. kesimpulannya, hujung minggu ni nanti nak kena datang lagi-siapkan apa yang perlu sebelum GUEST PERTAMA masuk 7 Julai, insya-Allah. oh ya, langsir pun tak ada-baru tempah petang tadi. insya-Allah jumaat ni siap. tempah dgn kawan sekolah jer-cari yang kos murah2. kita kan biz, kena jimat cermat...


Kelihatan tukang pasang air-cond tekun menyiapkan
kerja-kerja pemasangan di NORIS GUEST HOUSE


2 Set sofa yang disediakan di NORIS GUEST HOUSE
(tak la luxury sangat, biasa2 sahaja)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan