Ahad, 27 Mei 2012

MEI & JUN 2012 YANG SIBUK...


19 mei 2012-balik kampung, besut untuk menghantar putera sulong ke tanah suci, mengerjakan umrah. bercuti sehingga 23 mei. sampai sahaja ke sekolah, 23 mei tu, ramai pulak yang bertanya, "ke mana hilang, lama tak nampak??? dapat teguran sinis dari seseorang, "ingat nak sambung cuti sampai cuti sekolah"...tak pelah, ni masa kita...if you in my shoes???

aku dok kelek jubah dia yang warna kelabu tu..
katanya tak nak pakai dulu-panas...

25 mei 2012, baru dapat berita pertukaran ke daerah bera, pahang....sejak awal pagi sibuk dengan close register, check kerja buat anak2 pelajar...ramai jugak yang tak hantar..ni yang bikin panas hati ni...bagi masa 1 minggu pun tak jugak siap2..apa yang dibuat entah, nak siapkan report 2, 3 helai seminggu pun tak siap? budak2 zaman sekarang-mua...tak cukup dengan tu, cikgu2 pun sama..dah nak balik sekolah, analisis tak siap2 jugak lagi..huh, cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari....bapa borek, anak rintik...susah la macam ni...sibuk juga dok cari skima exam yang entah dengan sape...masa aku sendiri jadi penyelaras, aku yang cari semua cikgu subjek...ni, penyelaras tak cari pun aku....kalau dia sibuk, aku pun sibuk jugak..entahlah belalang!!! tengah syok2 buat analisis, hah mai pulak cikgu baru nak ambil tugas, sebab aku akan bertukar ke bera..dari satu segi, seronok la..tapi, yang tak berapa aku suka, dok kacau kerja2 aku yang masih terbengkalai lagi nih...dah habis breefing, cikgu baru yang lagi satu pulak datang...hahaha..silap cikgu la pulak yang nak ambik tugas aku..breefing lagi!!! aduhai...tensionnya...pah habis breefing yang ke 2, kena anta e-pangkat segera la pulak..tension lagi..baru pagi tadi dapat borang..terus mintak anta segera..mana la nak cari maklumat on-the-spot.. nasib baik otak bergeliga-mintak kerani fotostat buku perkhidmatan yang dah tebal macam novel..belek2 cari maklumat cuti-tak jumpa..belek lagi tak jumpa, belek lagi, taak jumpa jugak..at last, balik buat kat rumah je...aman sikit kot kepala otak, tak dok tekanan dari sesapo...huhuhu...

SMK Triang 3-koleksi sekolah aku yang ke 8...hahaha...

25 mei 2012 jugak, teringat skrip exam bebudak belum ambik dari unit exam..huh, banyak jugak tu..6 paper untuk 3 kelas...bawak ke depan pejabat, dengan niat nak bawak balik tanda kat kampung je cuti sekolah nanti...laa..skima pulak tak ada...cg tang dah balik, cg syikin pun dah balik, cg yus pun dah balik...mana nak cekau ni...jam 2.30 petang, masih di pejabat sekolah, pada hari jumaat...call cg yus, tanya pasal skima, dia kata dia bagi kat cg baru semua paper exam...haa??? ada can jugak la aku...at last, kerja berat di musim cuti bertukar tangan..Alhamdulillah yang tidak terhingga...


masih 25 mei 2012-on the way balik rumah, sempat lagi pusing jumpa client takaful..ambik payment bulan ke-2..kalau tak ambik sekarang, alamatnya tak tahu bila la buleh jumpa bila aku dah pindah bera...sibuk, sibuk jugak...service dengan client kena jaga....

25 mei 2012 (petang)-mencari maklumat e-pangkat...akhirnya settle semua bila tiada gangguan dari manusia di sekeliling..elok je nampak tarikh bila cuti bersalin..tarikh bila cuti tanpa gaji dan jugak cuti2 yang sama waktu dengannya...akhirnya dapat juga anta e-pangkat ni isnin nanti...kirim je kat kawan kerja makmal..settle semua...

26 mei 2012...siap berkemas untuk berangkat balik besut selepas waktu zohor...lunch di leban condong...lepas lunch, aku drive..ya Allah mengantuknya....singgah minum cendol di pekan..jamak solat di permatang badak...makan malam berhampiran sekolah menengah aku dulu..SMK seri nering...terserempak sahabat lama-shahrul zaini dengan anak2 beliau...dia kata aku dah semakin lebar..hahaha..aku tau tu..dah nak buat macamana...makin tua makin besar..hati senang, gitu la...

Cik abang dok menunggu turn dapatkan cendol Saleem, Pekan

27 mei 2012...bersiap2 untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara di kampung cik abang...singgah sekejap di maybank, ambik penyata akaun..huh..mahalnya, 3 keping penyata rm13??? cekik darah betul maybank ni..patut la kaya raya...tak pe, mentang-mentang aku dah lama tak berurusan, mereka pekenakan aku..tak pe...balik kenduri, singgah lagi bandar-cari robot untk mat aqeem pulak..beli makanan sikit...terus balik..sampai rumah dah pukul 6 petang...huh, satu hari full kat luar...tapi, lewat petang sempat lagi membelek2 pokok2 yang kami tanam berdua...buah mangga gugur lagi...sape yang suka khianat ni ye??? nak kena pasang perangkap ni..hahaha...

Robot aqeem..

Mangga harum manis sulung aku...
ada la rasanya 1 kg lebih beratnya..

Mangga epal berbuah sulung..
ada 9 biji...

27 mei 2012 (malam)-cik abang bersiap2 untuk balik ke rompin menaiki bas...nasib baik ada anak saudaranya yang berbesar hati nak hantar ke perhentian bas...so, aku dengan anak2 tak perlu keluar...semoga cik abang dan semua penumpang selamat sampai ke destinasi yang dituju-Rompin...insyaALLAH...

Jun belum tiba.....





Isnin, 28 November 2011

DIRIKU DILANDA MUSIBAH BERTIMPA-TIMPA...

bulan oktober yang lalu, aku dikejutkan lagi dengan berita seseorang telah memecah masuk noris guest house dan berjaya melarikan sebiji periuk nasi elektrik. dan aku selaku pemilik noris guest house pulak, terpaksa memikul beban membaiki grill guest house tersebut dengan kos yang berkali ganda tinggi jika dibandingkan dengan harga periuk elektrik berkenaan...


aku tak tahulah apa yang nak jadi dengan dunia sekarang. ramai manusia mahu memperoleh habuan rezeki dengan cara yang mudah...oh, dunia memang sudah di akhir zaman...

Isnin, 14 November 2011

TEMPAHAN NORIS GUEST HOUSE

assalamualaikum,

untuk makluman kepada semua pelawat di blog NORIS GUEST HOUSE, senarai tempahan mengikut bulan adalah seperti di bawah....

TARIKH CHECK-IN          TARIKH CHECK-OUT          STATUS

JULAI:
  7 julai 2011                                     9 julai 2011                                        confirm
16 julai 2011                                    17 julai 2011                                       confirm
30 julai 2011                                    31 julai 2011                                      confirm   

SEPTEMBER:
  1 sept 2011                                     2 sept 2011                                        confirm
29 sept 2011                                  20 sept 2011                                        confirm
30 sept 2011                                     1 okt 2011                                         confirm

OKTOBER:
 7 okt 2011                                        8 okt 2011                                         confirm
15 okt 2011                                     16 okt 2011                                         confirm
22 okt 2011                                       23 okt 2011                                       confirm
28 okt 2011                                     29 okt 2011                                         confirm 

NOVEMBER:
  2 nov 2011                                      3 nov 2011                                         confirm
18 nov 2011                                    19 nov 2011                                         confirm
19 nov 2011                                    20 nov 2011                                        confirm
26 nov 2011                                    28 nov 2011                                        confirm
28 nov 2011                                    29 nov 2011                                        confirm
29 nov 2011                                    30 nov 2011                                        confirm

DISEMBER:
  2 dis 2011                                        3 dis 2011                                          confirm by Rizal
  3 dis 2011                                        4 dis 2011                                          confirm by Rizal
10 dis 2011                                      11 dis 2011                                          confirm by Rizal
17 dis 2011                                      18 dis 2011                                          confirm by Rizal
18 dis 2011                                      19 dis 2011                                          confirm by Rizal
19 dis 2011                                      20 dis 2011                                         confirm by Rizal
22 dis 2011                                      23 dis 2011                                         available
23 dis 2011                                      24 dis 2011                                         available
24 dis 2011                                      25 dis 2011                 confirm (Yati,Subang Jaya)            
25 dis 2011                                      26 dis 2011                                         confirm by Rizal

"SELAMAT DATANG TAHUN BARU, 2012"

JANUARI 2012:
1 hingga 31 hb-available!!!

Untuk makluman para pelawat blog, semua tarikh hujung minggu bagi bulan disember sudah ditempah sepenuhnya kecuali 22 dan 23 disember. sekiranya tuan puan ingin membuat tempahan bagi hari-hari biasa (weekdays) pada bulan disember, ianya masih dibuka.....manakala untuk tempahan bagi tahun baru, 2012, semua tarikh masih available!!! hubungi saya, puan norizan di nombor telefon 019-663 6699 / 012-635 6769....terima kasih.

"FIRST COME, FIRST SERVE"

Pandangan hadapan NORIS GUEST HOUSE,
semasa kunci rumah diterima (awal tahun 2011 yang lalu).
Sekarang, semua pintu dan tingkap
telah dipasang gril untuk keselamatan tetamu.

Ruang tamu noris guest house disediakan sofa dengan
10 tempat duduk untuk keselesaan tetamu yang menginap


Dapur beserta kabinet, mengandungi peralatan memasak yang
disediakan khusus untuk memudahkan tetamu menyediakan makanan.

Suasana di dalam GAMBANG WATER PARK

SELAMAT BERCUTI YE....


SELAMAT DATANG TAHUN 2013!!!

Adalah dimaklumkan bahawa, bermula JANUARI 2013 sehingga DISEMBER 2015, NORIS GUEST HOUSE TELAH DITUTUP OPERASINYA bagi memberi laluan kepada PENYEWA BULANAN yang telah menandatangani kontrak menyewa selama 3 tahun...

LUMAYAN BEB....


Jumaat, 11 November 2011

BERSEMADILAH DENGAN AMAN SAYANGKU...

4 nov 2011-tarikh yang tidak dapat aku lupakan...tarikh kematian my lovely cat "mudo". kucing kacukan parsi dan kampung. setelah dia ku belai dan ku sayangi, dia hilang dari pandangan mata selama 2 hari..tengah malam, masuk hari ke 3, dia pulang dalam keadaan yang sungguh menyedihkan..makan bersuap dengan picagari. minum juga berpicagari...esoknya, tepat jam 6 pagi, mudo meninggalkan aku buat selama-lamanya...kesedihan ini masih belum terubat..


Rabu, 26 Oktober 2011

BUKU PASAL KUCING

21 hb Okt hingga 25 hb Okt, aku sekeluarga meluangkan masa selama 5 hari meronda Bandaraya Kolumpo. terasa seronok sangat lepas beberapa lama tidak membawa anak-anak berjalan-jalan...

hari pertama-tempat pertama dituju ialah MPH Bookstore di Mid Valley Mega Mall. hampir separuh hari kami di sana. mencari, membaca dan membeli buku-buku yang disukai. aku..buku apa lagi kalau bukan pasal kucing. aku borong 4 buah buku yang sangat menarik. 2 buah berkenaan penjagaan baby kucing dan 2 buah lagi berkenaan kucing secara keseluruhan....dari lahir hingga dewasa, juga jenis2 kucing yang terdapat di seluruh dunia. ini dia buku-bukunya...best!

selepas ni, aku tentu akan lebih yakin merawat kucing2 yang sakit atau kehilangan ibu...syukur kepada Allah swt...








tabiat membaca ni bagus kalau diterap dalam diri anak-anak sejak kecil. cuba tengok anakku ini, betapa syok dapat tengok buku..sampai meniarap dalam MPH...hahaha...

Baby aqeem sedang syok tengok buku tentang ular
(bergaya dengan spek itam lagi...)

Maknya pun apa kurang...dok study pasal kucing la..apa lagi..
(kalau boleh nak meniarap jugak..macam baby Aqeem...)

Adik madeehah dengan 3 buah buku pilihannya...
(muka boring, lama sangat dalam MPH)

hari ke 2-survey Kamdar, cari kain untuk buat baju kurung dan baju melayu anak-anak. dalam Kamdar baru terfikir warna tema. akhirnya pilih hijau cair. dah lama tak pakai baju raya hijau. keluar dari Kamdar, berjalan ke Sogo yang terletak di seberang jalan. huh, ramai sungguh manusia...tengah sale la katakan...aku cuma beli seorang sehelai baju dgn tema pink-princess. seronok betul anak-anakku dapat baju idaman masing-masing. mak ayah tak beli apa-apapun...puas ronda Sogo, singgah lunch kat food court Pertama kompleks. makanannya tak la sedap mana, boleh tahan la..




Aksi anak-anak selepas kenyang. mereka
cuma makan burger sebiji seorang. mak
dan ayah makan nasi ayam..ok la,kan?

Action 'peace' dari kakak mawaddah.

hari agak petang menuju ke KLCC, menunaikan hajat kakak Mawaddah yang dah beberapa hari mengajak ke sana...tak sempat nak masuk menjelajah Petrosains, sebab sampai KLCC dah agak lewat. Aku tak tau yang Petrosains tutup awal, pukul 5 petang. setakat melilau kat luar dah cukup membuatkan kakak Mawaddah gembira..kita tengok aksinya..

Kalau berpeluang dapat masuk melawat kat dalam Petrosains ni,
for sure dia lagi gembira...next time pulak, ye kak???


Selasa, 11 Oktober 2011

BABYKU MENYUSU...

sejak 2 minggu yang lalu menjadi ibu angkat kepada 6 ekor anak kucing yang ditinggalkan ibunya entah ke mana..tapi, susu formula manakan sama dengan susu ibu original, kan?

beberapa hari lagi aku terpaksa tinggalkan mereka 3 hari 2 malam kerana mengiringi bonda tercinta ke lapangan terbang Sultan Mizan, untuk menunaikan rukun Islam ke 5.

sedih juga kerana terpaksa meninggalkan mereka bertiga (3 sudah meninggal). aku akan mengupah seseorang untuk membantu menyusukan mereka bertiga..

si sulong, sedang syok menyusu..
susu khas utk kitty..
rm20 untuk 100 gram...fuh!

si angah, pun sedang syok menyusu dari botol susu..



Sabtu, 8 Oktober 2011

JADI UMMU HURAIRAH...

sejak seminggu yang lalu menjadi ummu hurairah kepada 6 ekor anak kucing yang telah ditinggalkan ibunya (berusia tak sampai 1 bulan). aku jadi hairan, selalunya ibu kucing amat menyayangi anak-anaknya. tapi pelik bagi ibu kucing aku yang bernama nini ini. nini bukanlah kucing peliharaan aku pada mulanya. tapi, disebabkan dia selalu datang makan, tak sampai hati pulak kalau aku tak bagi makan. dulu si nini ni pernah melahirkan banyak anak, cuma seeokor yang membesar dalam jagaan aku. aku namakan anak nini ni putih. tidak lama selepas itu, nini beranak lagi-6 ekor, semuanya bewarna oren-juga mati semua. terakhir, si nini beranak lagi, juga 6 ekor. kali ni si nini ni hilang tak tau ke mana..bila aku balik dari kampung, dia tak balik2 sampai sekarang. padahal, aku upah seseorang untuk memberi makan minum kesemua 16 ekor kucing-kucing aku. hanya si nini yang hilang??? ke mana dia??? menjadi misteri hingga kini...

Nini dengan 4 ekor anaknya. lagi 2 ekor masa ni
belum lahir. masih di dalam rahimnya. aku lihat
proses kelahiran anak-anak Nini ni...